Kelas Tambahan Online Jun 2019

30 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Tambahan Online Jun 2019 telah diadakan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu iaitu pada 14, 15, 22, 28 dan 29 Jun 2019 yang lalu. Kelas Tambahan online ini diadakan secara percuma kepada pelajar Tahun 6 sehingga Tingkatan 5 di bawah inisiatif eKelas Maxis. eKelas ini memperkenalkan cara pembelajaran interaktif yang melibatkan pembelajaran atas talian, tutorial, kerja berkumpulan dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik.

Kelas yang berlangsung di Bilik Latihan Pusat Internet Jerlun, selama 11 jam iaitu setiap hari Jumaat dan Sabtu setiap minggu ini dihadiri oleh pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran. Pelajar berpeluang mengulangkaji pelajaran melalui Portal eKelas dan juga secara langsung bersama guru yang terlatih. Antara mata pelajaran yang disediakan untuk kelas ini adalah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Diharapkan dengan adanya program pembelajaran secara digital ini dapat membantu penduduk sekitar yang berpendapatan rendah untuk mendapatkan kelas tambahan secara percuma.

Antara tugasan dan aktiviti bulan Jun yang diberikan kepada pelajar ialah pelajar perlu melakar peta minda Proses Hidup Tumbuhan, kaedah Ujian Kanji, soalan Uji Minda, melukis Situasi Harian, membina Simulasi Mitosis dan Meiosis, aktiviti Penyelesaian Masalah, aktiviti Menara KLCC dan soalan Quiz.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali